BERCUTI DI PULAU REDANG
Senarai Pakej Pulau Redang 2023
Pakej Pulau Redang 2023 | Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Terletak di perairan Laut China Selatan dan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang.
Pulau Redang sememangnya syurga bagi mereka yang suka berenang, snorkeling, scuba diving, dan jungle trekking.
Boleh dikatakan Pulau Redang merupakan pulau kegemaran bagi mereka yang bercadang untuk honeymoon.
Waktu Sesuai untuk ke Pulau Redang
Pulau Redang mengalami musim angin monsoon antara November hingga Febuari setiap tahun dan kebanyakan resort ditutup untuk para pelancong
Resort dan feri dihentikan ketika musim ini kerana pada ketika ini ombak tinggi dan angin kencang membadai dengan kuat.
Waktu yang sesuai untuk mengunjungi pulau perhentian ini adalah antara bulan Mac hingga Oktober kerana cuacanya yang panas dan hujan sekali sekala.
Cara ke Pulau Redang dari Kuala Lumpur
- Dengan menaiki pesawat turun di Airport Kuala Terengganu. Terus ke Jeti Syahbandar / Jeti Merang.
- Bawa kereta sendiri? Anda boleh melalui Lebuh Raya Karak -> Lebuhraya Pantai Timur (LPT1 & LPT2) dan terus parking kereta di Jeti Syahbandar (Berbayar) / Jeti Merang.
Maklumat lanjut berkenaan jeti, anda boleh baca di artikel berikut:
Harga Tiket Bot ke Redang dari Jeti Merang
Harga Tiket Feri ke Pulau Redang
Pakej Pulau Redang 2023 : 3 Hari 2 Malam
Kebanyakan pakej yang ditawarkan oleh resort-resort di Pulau Redang sudah termasuk dengan perkara berikut:
- Tiket bot pergi-balik. Ada dua pilihan Jeti untuk anda naik, Jeti Syahbandar (Feri / Bot) dan Jeti Merang (Bot sahaja).
- Percuma minuman ringan sewaktu tiba di resort
- Penginapan 3 Hari 2 Malam
- 2 x sarapan pagi, 2 x makan tengahari, 2 x makan malam
- 3 x Trip snorkeling dengan peralatan. 2 x trip laut dalam dan 1 x trip ke Marine Park Pulau Redang
Harga Pakej Pulau Redang
Harga di bawah adalah tertaluk kepada resort dan juga pilihan tarikh anda. Jika cuti sekolah, harga memang mahal sedikit.
Nak murah, pilih hari weekdays.
No comments:
Post a Comment