JALAN JALAN DI MELAKA

                                 JALAN-JALAN DI MELAKA

assalamualaikum semua,harini saya nak menceritakan pengalaman saya jalan jalan di Melaka .Seperti mana yang korang tahu melaka ini adalah tempat bersejarah ,bukan itu sahaja melaka juga banyak tempat yang menarik .

masa cuti mid sem saya plan nak ajak kawan kawan pergi berjalan di Melaka.ye la sebab lama dah tak jumpa kawan kawan.Dengan menggunakan masa yang ada ni so saya ajak dorang pergi berjalan.tapi kami pergi balik hari sebab takde la jauh mana.Saya excited sebab benda plan ni jarang berlaku,nak jadi pun bila masing masing ada masa.


gambar semasa otw ke Melaka

pagi pukul 8 kami berkumpul di rumah kawan sebab senang nak amik .Dalam pukul 9 setelah semua berkumpul kami terus gerak ke Melaka dan tempat pertama kami nak pergi adalah coconut shake .Sebab situ tempat dimana wajib apabila kami pergi ke Melaka kerana coconut shake di sana sangat sedap berbanding tempat lain.

inilah coconut shake yang saya katakan tu.Nampak sedap sangat kan.Pelanggan disini sangat ramai ada yang sampai berjam jam tunggu nak dapatkan coconut shake ni.Bukan air ni sahaja yang dijual kuih muih dan makanan lain puan ada juga tapi kena layan diri.Harga secawan bagi coconut shake ni tak sila saya RM3 tapi harga sekarang saya taktahu sama ada sama atau harga naik sebab lama dah tak pergi Melaka.Selepas dari coconut shake kami pergi ke bandaraya Melaka untuk berjalan jalan.



setelah kami sampai di bandar melaka ,kami melihat banyak banggunan yang lama dan tempat yang bersejarah.kalau nak pergi ronda ronda bandar melaka boleh jalan kakai atau naik beca tapi saya sarankan jalan kaki sebab banyak tempat tempat yang kita boleh pergi lagipun semua tempat dekat dekat .

Bermacam macam jenis beca yang dihiaskan dan sangat kreatif .Ini adalah salah satu cara nak menarik perhatian pelancong kerana bukan orang Malaysia sahaja yang bercuti disini malah bermacam macam negara yang berminat untuk benrcuti ke Melaka.


Setelah kami penat berjalan,kami mencari kedai asam pedas kerana di Melaka asam pedas adalah salah satu makanan yang terkenal di Melaka.Saya order asam pedas tetel,daging dia sangat sedap dan lembut dan rasanya sangat sedap.Disajikan sekali dengan telur masin dan sayur kobis.


selepas kami makan petang ,kami terus pergi ke pantai untuk melepak dan menghilangkan stress. Kami cerita macam mana keadaan masing masing borak pasal belajar ,masa depan ye la sebab ni je peluang yang ada untuk borak dengan kawan kawan.Sehingga  ke malam kami duduk di pantai sambil tu kami menunggu untuk melihat sunset.



Lepas maghrib macamtu kami jalan ronda ronda di kawasan Melaka,kat Melaka ni walaupun malam kawasan dia tetap hidup .Disebabkan kami saya pernah naik Melaka River Crusie so kalini saya ajak kawan untuk jalan kaki sepanjang sungai.



jonker street ni macam pasar malam tapi lagi meriah dan pelbagai barangan yang jual disini,bukan setakat makanan sahaja malah cenderamata juga ada jual disini.Ramai juga yang bawa family lagi lagi malam minggu sangat ramai

Setelah seharian kami berjalan di Melaka ,dalam pukul 12 pagi kami pun dah penat so kami bercadang untuk balik ke rumah masing masing .Haritu adalah hari yang palimg seronok sebab dapat meluagkan masa dengan kawan kawan lama.Jadi saya harap kita dapat meluangkan waktu bersama di masa akan datang.Itu sahaja dari pengalaman saya berjalan di Melaka.Sekian tertima kasih.

No comments:

Post a Comment